The Soda Pop
Kisah Kehidupan
Nabi Muhammad
ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ
dan Para Sahabat
ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻢ
Dan orang-orang yang terdahulu;
yang mula-mula dari orang-
orang “Muhajirin” dan
“Ansar” (berhijrah dan memberi
bantuan), dan orang-orang yang
menurut (jejak langkah) mereka
dengan kebaikan (iman dan taat),
Allah reda kepada mereka dan
mereka pula reda kepada Nya,
serta Dia menyediakan untuk
mereka syurga-syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa
sungai, mereka kekal di dalamnya
selama-lamanya; itulah
kemenangan yang besar. (Surah
At-Taubah, Ayat 100)

FIZIKAL NABI


Telah dikeluarkan oleh Ya'kub bin
Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin
Ali ra. katanya: Pernah aku
menanyai pamanku (dari sebelah
ibu) Hind bin Abu Halah, dan aku
tahu baginda memang sangat
pandai mensifatkan perilaku
Rasulullah SAW, padahal aku
ingin sekali untuk disifatkan
kepadaku sesuatu dari sifat
beliau yang dapat aku
mencontohinya, maka dia
berkata:
Adalah Rasulullah SAW itu
seorang yang agung yang
senantiasa diagungkan, wajahnya
berseri-seri layak bulan di malam
purnamanya, tingginya cukup
tidak terialu ketara, juga tidak
terlalu pendek, dadanya bidang,
rambutnya selalu rapi antara
lurus dan bergelombang, dan
memanjang hingga ke tepi
telinganya, lebat, warnanya
hitam, dahinya luas, alisnya
lentik halus terpisah di antara
keduanya, yang bila baginda
marah kelihatannya seperti
bercantum, hidungnya mancung,
kelihatan memancar cahaya ke
atasnya, janggutnya lebat, kedua
belah matanya hitam, kedua
pipinya lembut dan halus,
mulutnya tebal, giginya putih
bersih dan jarang-jarang, di
dadanya tumbuh bulu-bulu yang
halus, tengkuknya memanjang,
berbentuk sederhana, berbadan
besar lagi tegap, rata antara
perutnya dan dadanya, luas
dadanya, lebar antara kedua
bahunya, tulang belakangnya
besar, kulitnya bersih, antara
dadanya dan pusatnya dipenuhi
oleh bulu-bulu yang halus, pada
kedua teteknya dan perutnya
bersih dari bulu, sedang pada
kedua lengannya dan bahunya
dan di atas dadanya berbulu
pula, lengannya panjang, telapak
tangannya lebar, halus tulangnya,
jari telapak kedua tangan dan
kakinya tebal berisi daging,
panjang ujung jarinya, rongga
telapak kakinya tidak menyentuh
tanah apabila baginda berjalan,
dan telapak kakinya lembut serta
licin tidak ada lipatan, tinggi
seolah-olah air sedang
memancar daripadanya, bila
diangkat kakinya diangkatnya
dengan lembut (tidak seperti
jalannya orang menyombongkan
diri), melangkah satu-satu dan
perlahan-lahan, langkahnya
panjang-panjang seperti orang
yang melangkah atas jurang, bila
menoleh dengan semua
badannya, pandangannya sering
ke bumi, kelihatan baginda lebih
banyak melihat ke arah bumi
daripada melihat ke atas langit,
jarang baginda memerhatikan
sesuatu dengan terlalu lama,
selalu berjalan beriringan dengan
sahabat-sahabatnya, selalu
memulakan salam kepada siapa
yang ditemuinya.

KEBIASAAN NABI

Kataku pula: Sifatkanlah
kepadaku mengenai
kebiasaannya!Jawab pamanku:
Adalah Rasulullah SAW itu
kelihatannya seperti orang yang
selalu bersedih, senantiasa
banyak berfikir, tidak pernah
beristirshat panjang, tidak
berbicara bila tidak ada
keperluan, banyak diamnya,
memulakan bicara dan
menghabiskannya dengan
sepenuh mulutnva, kata-katanya
penuh mutiara mauti manikam,
satu-satu kalimatnya, tidak
berlebih-lebihan atau berkurang-
kurangan, lemah lembut tidak
terlalu kasar atau menghina diri,
senantiasa membesarkan nikmat
walaupun kecil, tidak pernah
mencela nikmat apa pun atau
terlalu memujinya, tiada seorang
dapat meredakan marahnya,
apabila sesuatu dari kebenaran
dihinakan sehingga dia dapat
membelanya.
Dalam riwayat lain, dikatakan
bahwa baginda menjadi marah
kerana sesuatu urusan dunia
atau apa-apa yang bertalian
dengannya, tetapi apabila
baginda melihat kebenaran itu
dihinakan, tiada seorang yang
dapat melebihi marahnya,
sehingga baginda dapat membela
kerananya. Baginda tidak pernah
marah untuk dirinya, atau
membela sesuatu untuk
kepentingan dirinya, bila
mengisyarat diisyaratkan dengan
semua telapak tangannya, dan
bila baginda merasa takjub
dibalikkan telapak tangannya,
dan bila berbicara dikumpulkan
tangannya dengan menumpukan
telapak tangannya yang kanan
pada ibu jari tangan kirinya, dan
bila baginda marah baginda
terus berpaling dari arah yang
menyebabkan ia marah, dan bila
baginda gembira dipejamkan
matanya, kebanyakan ketawanya
ialah dengan tersenyum, dan bila
baginda ketawa, baginda ketawa
seperti embun yang dingin.
Berkata Al-Hasan lagi: Semua
sifat-sifat ini aku simpan dalam
diriku lama juga. Kemudian aku
berbicara mengenainya kepada
Al-Husain bin Ali, dan aku dapati
ianya sudah terlebih dahulu
menanyakan pamanku tentang
apa yang aku tanyakan itu. Dan
dia juga telah menanyakan
ayahku (Ali bin Abu Thalib ra.)
tentang cara keluar baginda dan
masuk baginda, tentang cara
duduknya, malah tentang segala
sesuatu mengenai Rasulullah
SAW itu.

DIAMNYA NABI


Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Saya
pun menanyakan pula tentang
diamnya, bagaimana pula
keadaannya? Jawabnya: Diam
Rasulullah SAW bergantung
kepada mempertimbangkan
empat hal, yaitu: Kerana adab
sopan santun, kerana berhati-
hati, kerana mempertimbangkan
sesuatu di antara manusia, dan
kerana bertafakkur. Adapun
sebab pertimbangannya ialah
kerana persamaannya dalam
pandangan dan pendengaran di
antara manusia. Adapun tentang
tafakkurnya ialah pada apa yang
kekal dan yang binasa. Dan
terkumpul pula dalam
peribadinya sifat-sifat
kesantunan dan kesabaran. Tidak
ada sesuatu yang boleh
menyebabkan dia menjadi
marah, ataupun menjadikannya
membenci. Dan terkumpul dalam
peribadinya sifat berhati-hati
dalam empat perkara, iaitu: Suka
membuat yang baik-baik dan
melaksanakannya untuk
kepentingan ummat dalam hal-
ehwal mereka yang berkaitan
dengan dunia mahupun akhirat,
agar dapat dicontohi oleh yang
lain. Baginda meninggalkan yang
buruk, agar dijauhi dan tidak
dibuat oleh yang lain.
Bersungguh-sungguh mencari
jalan yang baik untuk maslahat
ummatnya, dan melakukan apa
yang dapat mendatangkan
manfaat buat ummatnya, baik
buat dunia ataupun buat akhirat.
(Nukilan Thabarani - Majma'uz-
Zawa'id 8:275)

ikuti kami di twitter
back to home
all rights reserved by : ©dirmank 2014-2015
#xt_auth_container { position: static; display: inline; display: inline-block; text-align: right; margin: 3px 0; padding: 0; width: 100%; height: auto; border: none; } .xt_auth_view { position: static; display: inline; display: inline-block; text-align: right; margin: 0; padding: 0; width: auto; height auto; border: none; } .xt_auth_action { text-align: left; position: static; display: inline; zoom: 1; display: inline-block; vertical-align: top; margin: 0 5px 0 0; padding: 0 5px; height: 20px; width: auto; border: none; -webkit-border-radius: 3px; -moz-border-radius: 3px; -o-border-radius: 3px; border-radius: 3px; background-color: #2e2e2e; background-color: rgba(0,0,0,0.4); !background-color: #2e2e2e; font: 600 12px/20px "Helvetica Neue","HelveticaNeue",Helvetica,Arial,sans-serif; text-decoration: none; -webkit-text-shadow: 1px 1px 0 rgba(0,0,0,0.08); -moz-text-shadow: 1px 1px 0 rgba(0,0,0,0.08); -o-text-shadow: 1px 1px 0 rgba(0,0,0,0.08); text-shadow: 1px 1px 0 rgba(0,0,0,0.08); color: #fff; -webkit-user-select: none; } .xt_auth_action > * { vertical-align: top; } .xt_auth_action:hover { background-color: #1f1f1f; background-color: rgba(0,0,0,0.6); } .xt_auth_action:link, .xt_auth_action:visited, .xt_auth_action:active, .xt_auth_action:hover { text-decoration: none; color: #fff; } .xt_auth_icon, .xt_auth_avatar { position: static; display: inline; display: inline-block; width: 13px; height: 13px; margin: 3px 1px 0 0; padding: 0; vertical-align: top; border: 0; } .xt_auth_icon { background-image: url(http://xtgem.com/images/authbar/auth_sprite_v2.png); margin-right: 0; } .xt_auth_icon_enchanted .xt_auth_icon { background-size: 103px; /* margin: 4px 2px 0 0; */ } /* join & subscribe */ .xt_auth_join .xt_auth_icon, .xt_auth_subscribe .xt_auth_icon { background-position: -92px 13px; } /* inbox */ .xt_auth_inbox .xt_auth_icon { background-position: -78px 13px; } /* rate */ .xt_auth_rate .xt_auth_icon { background-position: 0 14px; } /* unrate */ .xt_auth_unrate .xt_auth_icon { background-position: -13px 14px; } /* star */ .xt_auth_star .xt_auth_icon { background-position: -26px 13px; } /* unstar */ .xt_auth_unstar .xt_auth_icon { background-position: -39px 13px; } /* repost */ .xt_auth_repost .xt_auth_icon { background-position: -52px 12px; margin-top: 4px; } /* reposted */ .xt_auth_reposted .xt_auth_icon { background-position: -65px 12px; margin-top: 4px; } /* join & subscribe */ .xt_auth_icon_enchanted .xt_auth_join .xt_auth_icon, .xt_auth_icon_enchanted .xt_auth_subscribe .xt_auth_icon { background-position: 11px 0.5px; width: 12px; } /* inbox */ .xt_auth_icon_enchanted .xt_auth_inbox .xt_auth_icon { background-position: 25px 1px; } /* rate */ .xt_auth_icon_enchanted .xt_auth_rate .xt_auth_icon { background-position: 0 0; } /* unrate */ .xt_auth_icon_enchanted .xt_auth_unrate .xt_auth_icon { background-position: -13px 0; } /* star */ .xt_auth_icon_enchanted .xt_auth_star .xt_auth_icon { background-position: 77px 0; } /* unstar */ .xt_auth_icon_enchanted .xt_auth_unstar .xt_auth_icon { background-position: 64px 0; } /* repost */ .xt_auth_icon_enchanted .xt_auth_repost .xt_auth_icon { background-position: 51px 1px; margin: 3px 0 0 0; } /* reposted */ .xt_auth_icon_enchanted .xt_auth_reposted .xt_auth_icon { background-position: 39px 1px; margin: 3px 0 0 0; } /* hidding */ .xt_auth_unstar, .xt_auth_unsubscribe, .xt_auth_unrate { display: none; } .xt_auth_action_star_active .xt_auth_unstar, .xt_auth_action_rate_active .xt_auth_unrate, .xt_auth_action_subscribe_active .xt_auth_unsubscribe { display: inline-block; } .xt_auth_action_star_active .xt_auth_star, .xt_auth_action_rate_active .xt_auth_rate, .xt_auth_action_subscribe_active .xt_auth_subscribe { display: none; } #xt_auth_container { position: fixed; } html { padding-top: 20px; } #xt_auth_container { top: 0; left: 0; } #xt_auth_container, .xt_auth_view, .xt_auth_icon, .xt_auth_avatar { max-height: none !important; max-width: none !important; min-width: none !important; min-width: none !important; opacity: 1 !important; text-indent: 0 !important; visibility:visible !important; }